Ali bin Abi Talib




Novel sejarah Islam ini ditulis bagi menceritakan tentang siapa itu Ali bin Abi Talib yang mana namanya begitu terkenal didalam sejarah Islam dan kaitannya paling rapat dengan Nabi Muhammad s.a.w.

“Apabila memerintah beliau berlaku adil. Kata-kata dan tindakannya jelas menunjukkan beliau berpengetahuan luas dan hampir semua ucapannya mengandungi hikmah.”

Ali bin Abi Talib memeluk Islam pada umur yang masih muda. Beliau kanak2 pertama yang memeluk Islam. Ketika beliau memeluk Islam agama itu baru sahaja hendak tumbuh.
Ali bin Abi Talib bukan sahaja menjadi sahabat nabi yang terulung, malah juga mnjadi ilmuan yang fasih bicaranya, pahlawan yng lincah permainan perangnya dan juga hamba Allah yang tinggi imannya.




Sedikit ringkasan mengenai biodata Ali bin Abi Talib

Beliau mempunyai 7 orang adik beradik termasuk dirinya. Berkahwin dengan puteri Rasulullah iaitu Fatimah binti Muhammad. Mempunyai 9 isteri dan 15 anak lelaki serta 17 anak perempuan. Beliau dilahirkan pada tahun ke-9 sebelum Muhammad menjadi Rasul. Nama asalnya Haidarah, namun Rasulullah memanggilnya Ali. Beliau juga merupakan diantara Khalifah ar-Rasyidin ke  empat selepas Uthman bin Affan. Beliau meninggal dunia ketika berusia 63 tahun .

“Cukupkah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagi-Mu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai.”- Ali bin Abi Talib

Novel karya  penulis yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan ini begitu mudah memikat hati sesiapa sahaja yang membacanya. Penulisnya encik Abdul Latip Talib merupakan seorang penulis yang sedang mengukir nama di persada sastera tanah air dengan novel-novelnya yang berunsur Islamik. Karya beliau begitu dekat di hati pembaca kerana penulisannya yang mudah dan senang di fahami. Disamping itu, novel yang dihasikannya benar2 dapat membawa jiwa pembaca begitu dekat dengan suasana keislaman zaman yang diceritakannya. Novel ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat supaya kita dapat mengingatkan diri tentang tokoh2 Islam yang telah berkorban jiwa dan raganya untuk meyampaikan dakwah Islam.

Oleh itu saya benar2 mencadangkan kepada semua ibu bapa malah sesiapa sahaja untuk membaca novel ini. Semoga syiar Islam akan terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Aminnn.

Sekian.

No comments: