“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan
kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa”
Ahmad Ammar sebuah buku tulisan Abdul Latip Talib yang menceritakan
tentang kehidupan seorang pemuda yang ketika hidupnya tidak dikenali namun setelah
kematiannya , dirinya menjadi sebutan dan menjadi salah satu sejarah yang
dikaji.
“Pemuda yang dipersiapkan untuk Ummah”
Dia ibarat hujan di tengah hari. Datangnya tidak terjangka.
Namun, air yang tersisa tetap memberi subur dan segar kepada semua.
Dialah Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Seorang pelajar jurusan
sejarah di Turki. Sejak kecil beliau bercita-cita ingin menjadi seorang
pengkaji kerana beliau ingin berkhidmat untuk umat.
Ketika zaman sekolah lagi beliau telah menjadi seorang
pelajar yang cemerlang kerana tekadnya untuk menjadi seorang pengkaji Sejarah
Tamadun Islam. Di Istanbul beliau belajr di Universiti Marmara. Beliau dikenali
sebagai seorang pemuda yang aktif berdakwah, mempunyai budi pekerti yang baik
serta menghormati orang dewasa.
Beliau ditakdirkan mendapat kemalangan ketika dalam
perjalanan ke sebuah madrasah bagi mengajar Risalah An- Nur. Akibat kemalangan
yang dihadapinya akhirnya beliau kembali ke rahmatullah pada Sabtu 2 November
2013. Beliau menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang dikebumikan di tanah Perkuburan
Eyub Sultan yang mana disitu jugalah terletak tempat persemadian Abu Ayub al-
Ansari di samping lebih 60 orang para sahabat nabi, auliya, panglima
Uthamaniyyah dan orang ternama Turki.
Sekian.

No comments:
Post a Comment