Perang Badar




Perang Badar adalah perang pertama yang dilalui oleh umat Islam. Ia berlaku pada 17 Ramadan tahun ke-2 hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. 

Perang Badar ini sebenarnya tidak dirancang dari awal kerana tujuan awal Nabi Muhammad bersama para pengikutnya keluar dari Madinah adalah bagi mencegah kafilah dagang Quraisy yang menceroboh ke dalam kawasan Madinah.


Peperangan ini juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yang memimpin pasukan tentera Quraisy. Pasukan Quraisy membuat persiapan yang secukupnya bagi berperang dengan pasukan Nabi Muhammad.


                                      



Buku tulisan Abdul Latip Talib ini memaparkan tentang sejarah perang Islam yang pertama dan ini adalah perang bagi menguji keimanan. Ini kerana perang ini berlaku didalam bulan Ramadhan.
Umat Islam yang dipimpin oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW tidak berundur walaupun hanya seramai 305 orang tentera Islam sahaja yang ada ketika itu bagi melawan tentera Quraisy yang berjumlah seramai 1300 orang.

Pentingnya Perang Badar ini sehingga Nabi Muhammad pernah berdoa, sekiranya mereka kalah maka tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi.

Oleh itu, saya mengajak semua pembaca untuk membaca dan menghayati tentang salah satu peristiwa sejarah peperangan Islam yang sangat penting bagi semua umat Islam.

Sekian.

No comments: