Tadi aku layan cite cina Divergence so adelah aksi tembakan antara polis ngan pembunuh upahan..so aku pon searchlah tenet tengok senjata yang dorang guna..wahhh terkejut aku..aku ingat pembunuh upahan tu pakai M16 tuk tembak polis gupenya dia pakai Sniper Rifle..aku punyalah ingat senapang nie sume sama..gupenya ade banyak jenis an kegunaan..
So kat bawah nie aku share sikit info yang aku dapat dr mr google..mana tau korang pon nak tambah ilmu macam aku kan..hehe
Jenis2 senjata api
1. Pistol
Korang mesti kenalkan..ini pistol..kalau tak kenal gak maksudnya tinggal 7 jumaat jer lagi tu..hehe gurau jerr k..^_^
Yang nie palk pistol yang ade Silencer, digunakan tuk serap bunyi tembakan.
2. Rifle
Ok nie palk orang panggil Rifle tapi kalau orang kampong macam aku panggil senapang atau senapang patah jerrr. Biasa kita guna untuk memburu.Kalau kat kampong aku dorang pakai tuk tembak tupai atau monyet yang duk rosakan ladang.
Yang kat bawah ni pulok nama dia Sniper Rifle yang digunakan oleh penyerang hendap.Kalau korang suka layan movie yang tembak2 tu mesti senapang nie kuar punya...gajin plak senapang nie berlakon kan...carik duet lebih lerrr tu nak bayar GST...hehe tetiba plak kan..
3. Shotgun
Ok senjata api jenis nie plak kebiasaannya kita nampak ade kat tangan pengawal-pengawal keselamatan. Nama dia Pump Gun.
Senjata ni bahaya ooo. Kebiasaannya, sekali tembakan dari
senjata ini sudah boleh membawa maut. Peluru dia besar macam bekas
gincu wanita so dia punya kesan letupan mmg kuat lerr.
.
4. AK47
Hah senjata api ni plak sangat lagend, dan antara senjata pembunuh
yang paling popular kat dunia. Walau dah lama dicipta, tapi sampai sekarang masih digunakan dan
dijangka kekal relevan untuk digunakan untuk 40 tahun lagi. Senjata api
jenis ni biasa korang boleh lihat selalu diguna oleh kumpulan-kumpulan
pengganas, yang macam dalam filem-filem aksi tu.
5. M16
Senjata nie plak paling popular kat seluruh dunia. Kat negara
kita, M16 sering digunakan oleh pasukan tentera tuk jaga
keselamatan negara. Tapi kebiasaannya, senjata ni digunakan dalam
perperangan.
6. Submachine Gun (SMG)
Nie plak senjata api separa mesin-gan. Secara asasnya, fungsi dia
sama macam mesin-gan, cuma dia lagi ringan dan senang dibawa. SMG
nie juga sering digunakan oleh pasukan-pasukan khas polis, dan tak kurang
juga digunakan oleh kumpulan penjenayah yang melakukan aksi-aksi
serangan pada skala besar.
7. Uzi
Salah satu SMG. Nama senjata nie Uzi n sangat popular dalam game-game dan filem-filem yang menampilkan kumpulan gangster yang melakukan jenayah.
8. Steyr
Nama senjata ni Steyr-AUG. Selalu digunakan oleh pasukan-pasukan elit tentera tuk lakukan
operasi-operasi khas. Senjata ini sangat canggih dan popular, tetapi
tidak banyak digunakan berbanding yang lain.
9. Machine Gun
Antara senjata yang paling berkuasa ketika perperangan. Senjata nie sangat berat,
dan bole melepaskan peluru seperti hujan.
10. RPG @ Bazooka
Rocket-propelled Grenade (RPG) atau disebut sebagai bazooka,
senjata nie adalah pelancar roket yang berkuasa memusnahkan sesebuah struktur kecil
seperti kenderaan, dinding bangunan, sekumpulan orang dan sebagainya.
Ia boleh dibawa atau disandang seorang diri, dan hanya digunakan pada
waktu-waktu tertentu.
No comments:
Post a Comment